Polisi Bayaran Balik

2 November 2026

Kami mahu anda berpuas hati dengan ProHafiz Premium.

Langganan bulanan (RM19.90/bulan)

Batal bila-bila masa melalui 'Urus langganan' di Profil. Premium kekal aktif hingga akhir tempoh yang telah dibayar. Tiada bayaran balik separa untuk baki bulan.

Pelan prabayar 3 / 6 / 12 bulan

Bayaran balik penuh jika diminta dalam masa 7 hari selepas pembelian dan ciri Premium belum digunakan. Selepas itu, tiada bayaran balik.

Tempoh pemprosesan

Bayaran balik kad biasanya mengambil 5–10 hari bekerja. Bayaran balik FPX boleh mengambil masa sehingga 14 hari bekerja.

Cara memohon

E-mel support@prohafiz.com dengan e-mel akaun dan tarikh pembelian.